
Apple memfailkan bukti baharu bahawa rahsia syarikat telah dicuri bekas kakitangan yang kini bertugas di OpenAI. Ia adakah kesinambungan kepada saman yang difailkan pada Julai lalu melibatkan dua bekas jurutera Chang Liu dan Tang Tan.

Bukti baharu mendakwa Liu memuat turun skematik litar sulit Apple selepas keluar daripada syarikat dan menggunakannya di OpenAI. Liu juga turut didakwa memberi arahan kepada rakan sekerja di OpenAI untuk memusnahkan bukti apabila menyedari siasatan dalaman telah dilakukan oleh Apple.
Apple kini mahu menyiasat peranti lain yang masih dimiliki Liu dan menegaskan bukti ini menunjukkan rahsia dagangan mereka sedang digunakan secara aktif dan dimusnahkan, justeru memohon proses penemuan dipercepatkan serta injunksi untuk menghalang OpenAI daripada menggunakan rahsia tersebut.
Bulan lalu OpenAI telah memfailkan permohonan kepada hakim meminta kes saman Apple terhadap OpenAI digugurkan. OpenAI mengatakan tuduhan Apple terhadap mereka tidak berasas.
Sumber – 9to5Mac





