Apple Magic Keyboard Dikemaskini Dengan Ikon Kekunci Baharu

TechnologyDigital
26 Aug 2026 • 10:01 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Secara senyap Apple mula menawarkan rekaan baharu pada empat model papan kekunci Magic Keyboard. Kekunci Caps Lock, Delete, Tab, Shift, dan Return kini menggunakan rekaan ikon dan bukan lagi dalam bentuk perkataan. Rekaan baharu ini hanya dijual di pasaran yang menggunakan Bahasa Inggeris Amerika Syarikat sahaja pada ketika ini.

Image from: Apple Magic Keyboard Dikemaskini Dengan Ikon Kekunci Baharu

Memandangkan di Malaysia Magic Keyboard Bahasa Inggeris Amerika Syarikat digunakan, produk ini juga akan memasuki pasaran tempatan dalam masa terdekat. Semasa artikel ditulis, stor atas talian Apple masih memaparkan Magic Keyboard dengan rekaan kekunci lama.

Perkataan digantikan dengan ikon pada papan kekunci Magic Keyboard bagi menyeragamkannya dengan papan kekunci Macbook Pro, Macbook Air dan MacBook Neo sejak kebelakangan ini. Empat model Magic Keyboard yang menerima kekunci baharu ini ialah Magic Keyboard, Magic Keyboard dengan Touch ID dan Magic Keyboard dengan Touch ID serta kekunci nombor (hitam/putih).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved