Apple Macbook Air M4 Akan Dilancarkan Awal Tahun 2025

TechnologyDigital
24 Oct 2024 • 3:17 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Cip Apple M4 telahpun digunakan pada iPad Pro baharu tahun ini menyebabkan ramai pengguna menantikan pelancaran MacBook dengan cip terkini. Menurut laporan terkini Bloomberg, MacBook Air M4 akan dilancarkan antara Januari hingga Mac 2025. Ini adalah beberapa bulan selepas MacBook Pro, Mac Mini dan iMac baharu yang dijangka akan dilancarkan dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

image is not available

Tiada perubahan besar akan dilakukan pada rekaan MacBook Air M4 dengan perubahan hanyalah diberikan pada cip pemproses yang digunakan. Ramalan ini selari dengan MacBook Pro M4 yang juga sekadar diberikan perubahan cip pemproses dan peningkatan kelajuan port USB-C sahaja.

Selepas MacBook Air dilancarkan, Mac Studio baharu pula akan dilancarkan. Pada asalnya kedua-dua komputer ini sepatutnya dilancarkan serentak tetapi Mac Studio dipercayai akan hanya dilancarkan sekitar Jun 2025. Kemudian menjelang penghujung 2025 pula barulah Mac Pro dengan M4 dilancarkan dengan variasi cip yang berprestasi lebih tinggi.