Realme GT 7 Pro Dengan Cip Snapdragon 8 Elite Akan Ke Pasaran Malaysia Pada November 2024

TechnologyDigital
22 Oct 2024 • 11:20 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Cip Snapdragon 8 Elite baru sahaja diumumkan sebagai cip mercu terkini yang dilengkapi CPU Oryon dan grafik setara PC. Seiring dengannya beberapa pengeluar turut mengesahkan penggunaannya pada peranti masing-masing termasuklah Realme.

image is not available

Melaluinya Realme GT 7 Pro akan dijana dengan Snapdragon 8 Elite malahan menariknya lagi apabila disahkan tiba di Malaysia pada November akan datang. Butiran lanjut tidak diperincikan mengenai spesifikasi namun sudah tentunya akan membuatkan segmen peranti kelas mercu mampu milik menjadi lebih menarik. Tambahan pula peranti dalam siri Realme GT sering memberi tumpuan terhadap keseimbangan antara rekaan dan prestasi.

image is not available

Salah satunya adalah GT 6 yang boleh dianggap sebuah telefon pintar yang baik dengan pelbagai ciri tambahan pada harga cukup kompetitif. Seperti apa yang pernah diperkatakan oleh kami dalam ulasan sebelum ini, ia bukan sahaja cukup berkuasa untuk menjalankan aplikasi lazim serta permua. Malahan kemampuan kamera juga memuaskan tanpa lensa gimik di samping hayat bateri tahan lama.

Bagaimana pula dengan penawaran baharu ini? Sama-sama nantikan pelancaran rasmi yang bakal mendedahkan keseluruhan ciri dan fungsi diberikan pada peranti.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved