
Di WWDC awal minggu ini, Apple memperlihatkan beberapa kemas kini untuk macOS 27 Golden Gate. Selain Liquid Glass lebih baik pada Mac, ciri menatal ke bawah dalam Safari untuk melakukan segar semula dilihat sebagai persediaan untuk MacBook dengan skrin sesentuh.

Digital Chat Station telah meniriskan maklumat bahawa Apple akan melancarkan MacBook dengan skrin sesentuh pada penghujung tahun ini. Walaupun nama tiba diberi, sebelum ini kedengaran ura-ura ia bakal menggunakan nama MacBook Ultra. Ia akan menjadi model paling mercu selari dengan penamaan iPhone Ultra dengan skrin lipat.
Penyeragaman antaramuka MacBook dan iPad yang dilakukan dalam OS 26 sudah terlebih dahulu dilihat sebagai persediaan untuk membangunkan MacBook dengan skrin sesentuh. Ia tiba tepat pada masanya kerana Microsoft Surface Ultra yang diumumkan di Computex dua minggu lalu mempunyai skrin yang sama.
Sumber – GSMArena



