iOS 27 Diumumkan Dengan Ratusan Penambahbaikan

TechnologyDigital
9 Jun 2026 • 10:25 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

iOS 27 Diumumkan Dengan Ratusan Penambahbaikan

Di WWDC awal pagi tadi, ekosistem OS 27 diumumkan secara rasmi dan Apple memperlihatkan senarai 256 penambahbaikan yang akan diterima apabila peranati Apple mula menerima sistem operasi terkini ini dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. Sukar untuk menyentuh secara terperinci kesemua kemas kini yang akan diberikan maka saya hanya akan menyentuh beberapa yang saya rasakan menarik sahaja di iOS 27 terlebih dahulu.

Image from: iOS 27 Diumumkan Dengan Ratusan Penambahbaikan

Pertama sekali ialah mengenai Liquid Glass yang selepas hampir setahun diumumkan masih lagi menjadi subjek kontroversi. Ada yang menyukainya dan ada juga yang merasakan ia menjadi iPhone terasa perlahan. Oleh itu dalam iOS 27 kelak, Liquid Glass diberikan ciri untuk diubah mengikut kesesuaian pemilik. Tahap ketelusan cahaya diberikan dan bukan sekadar pilihan Liquid dan Tinted yang ditawarkan iOS 26.1

Ikon aplikasi ditambah baik untuk nampak lebih tajam dan jelas. Tambah Apple lagi pelancaran aplikasi kini sehingga 30% lebih pantas dan bagi pengguna tegar AirDrop, proses pemindahan fail menjadi 80% lebih pantas. Bagi pengguna model iPhone lebih berusia, iOS 27 akan lebih responsif dengan kerana ia dioptimasi dengan ciri penggunaan CPU yang lebih baik.

Image from: iOS 27 Diumumkan Dengan Ratusan Penambahbaikan

Saytu ciri baharu yang pastinya menggembirakan mereka yang mempunyai dua iPhone ialah menggunakan satu nombor telefon pada dua peranti. Ini mungkin dilakukan menerusi eSIM dimana dua iPhone boleh mengakses satu nombor telefon sahaja. Tidak lagi perlu mempunyai dua SIM aktif.

Image from: iOS 27 Diumumkan Dengan Ratusan Penambahbaikan

Seterusnya bagi wanita, gejala perimenopaus dan menopaus boleh dilog dalam aplikasi Health. Beberapa sokongan bahasa baharu serta papan kekunci untuk bahasa baharu juga diperkenalkan. Senarainya boleh dibaca di bawah.

Terdapat juga ciri spesifik di negara tertentu sahaja. Di China misalnya penggera tidak akan berdering di waktu pagi pada hari cuti umum di negara tersebut. Bercakap mengenai penggera, tahap kelantangannya kini boleh dibezakan dengan kelantangan audio sistem.

Semua peranti yang menerima iOS 26 akan menerima iOS 27. Ini bermakna pemilik iPhone 11 dan ke atas dapat mengakses majoriti ciri-ciri baharu yang diumumkan pada September depan.

Image from: iOS 27 Diumumkan Dengan Ratusan Penambahbaikan

Senarai lengkap 256 penambahbaikan yang diberikan menerusi kemas kini ke OS 27 adalah seperti di bawah.

  1. Papan kekunci baharu untuk bahasa termasuk Afrikaans, Basque, Baybayin, Inggeris (Filipina), Galicia, Guarani, Luxembourg, Xhosa, Slovenia, Estonia dan Zulu.
  2. Papan kekunci baharu untuk bahasa Orang Asal, termasuk Blackfoot, Comanche, Cree, Kiowa, dan Tsuut’ina
  3. Pemprosesan teks berbilang bahasa yang lebih pantas untuk tulisan tangan dalam pelbagai bahasa
  4. Tanda baca automatik apabila menaip pada papan kekunci berbilang bahasa
  5. Sokongan transkripsi Call Recording untuk bahasa Cina Tradisional, Jepun, dan Portugis Brazil
  6. Transkripsi Live Voicemail untuk Bahasa Inggeris (Singapura) dan Bahasa Jepun
  7. Semakan tatabahasa berbilang bahasa
  8. Penukaran yang dipertingkatkan daripada skrip fonetik seperti Pinyin dan Kana apabila menaip dalam bahasa Cina Ringkas dan Jepun
  9. Format masa mengikut tabii bahasa Cina dan Hindi
  10. Cadangan konfigurasi bahasa dan papan kekunci pintar
  11. Sambungan AirPlay yang lebih pantas ke Apple TV dan HomePod
  12. Cadangan carian Spotlight yang lebih relevan
  13. Audio web tidak lagi mengganggu audio sistem
  14. Liquid Glass dikemaskini
  15. Buat asal (Undo) dan buat semula (Redo) suntingan Skrin Utama dalam iPadOS
  16. Penyimpanan PDF yang lebih pantas
  17. Hasil Carian Teratas (Top Results) yang dipertingkatkan dalam Mail
  18. Tapis foto dan video dalam Album Dikongsi (Shared Albums)
  19. Lebih banyak format dokumen dalam Preview
  20. Melukis dalam Notes dalam macOS
  21. Akses Control Cente dalam iPhone Mirroring
  22. Kawalan audio lebih baik dalam CarPlay Now Playing
  23. Tambah kata kunci pada foto dan video dalam Photos
  24. Widget bersaiz lebih besar dalam paparan Today dalam iPadOS
  25. Aktiviti Langsung (Live Activity) untuk Carian Tepat (Precision Finding) dengan rakan
  26. Kecekapan bateri yang lebih baik pada Apple Watch
  27. Muat turun pintar pada Apple TV
  28. Sokongan “Else if” dalam Shortcuts
  29. Pratonton yang lebih pantas dalam Freeform
  30. Penjejakan langkah yang lebih tepat pada Apple Watch
  31. Menyusun senaman Fitness+ yang telah selesai
  32. Pemuatan mesej yang lebih pantas dalam Mail
  33. Sambungan yang dipertingkatkan untuk aksesori rumah Thread
  34. Kemas kini aksesori rumah pintar yang lebih pantas
  35. Klik-Option untuk penyusunan sekunder
  36. Pemantauan amaran kecemasan yang lebih cekap
  37. Butiran perlindungan AppleCare dalam Tetapan dalam tvOS
  38. Rentetan penulisan jurnal (journaling streaks) yang lebih intuitif
  39. Pengekalan kedudukan tetingkap yang lebih konsisten merentasi paparan luaran
  40. Pengalaman podcast video yang dikemas kini dalam macOS
  41. Kecekapan kuasa yang dipertingkatkan untuk Safari dalam iOS dan macOS
  42. Aplikasi melukis dalam Messages
  43. Kemas kini data yang lebih pantas dalam aplikasi Health
  44. Tetapan pengawal permainan yang dipertingkatkan
  45. Membaca dan menyunting PDF dengan lebih mudah menggunakan VoiceOver
  46. Maklumat mengebai bateri yang dipertingkatkan
  47. Penatalan yang lebih lancar dalam App Library
  48. Navigasi yang dipertingkatkan dalam Game Overlay
  49. Buka kuncian yang lebih lancar pada iPhone
  50. Gunakan panorama anda untuk Environments dalam visionOS
  51. Penutupan tetingkap yang lebih pantas dalam iPadOS
  52. Prestasi yang dipertingkatkan dalam Apple News
  53. Bar sisi penuh (Edge-to-edge sidebars)
  54. Penyuntingan teks kanan-ke-kiri yang lebih baik dalam Freeform
  55. Cari media yang telah dipadamkan buat sementara (offloaded media) dalam Messages
  56. Semua pilihan dipaparkan dalam tetapan Kamera
  57. Bantuan kata laluan boleh diakses dari Skrin Kunci
  58. Sokongan perbualan kumpulan dalam Shortcuts
  59. Prestasi papan Freeform yang lebih lancar
  60. Sokongan pengawal PlayStation Access yang dipertingkatkan
  61. Penstriman Apple Music yang dipertingkatkan
  62. Peralihan AutoMix baharu
  63. Kamera mempunyai Low Power Mode)
  64. Pilihan widget bersaiz ekstra kecil dalam visionOS
  65. Halaman album yang diperbaharu dalam Apple Music
  66. Status penyegerakan iCloud untuk entri Jurnal (Journal)
  67. Pusat Kawalan yang lebih responsif dalam tvOS
  68. Pelayaran fail rangkaian yang lebih pantas
  69. Status Ethernet dalam bar menu dalam macOS
  70. Log gejala perimenopaus dan menopaus dalam aplikasi Health
  71. Sambungan Wi-Fi yang dipertingkatkan dalam watchOS
  72. Guest key dalam watchOS
  73. Keupayaan “Dapatkan Apa yang Ada di Skrin” (Get What’s On Screen) yang diperluaskan dalam Shortcuts
  74. Gandingan aksesori HomeKit yang lebih pantas
  75. Pemuatan paparan Now Playing yang lebih pantas dalam Music
  76. Pemuatan kandungan halaman mula yang lebih pantas dalam Safari
  77. Had lampiran yang ditingkatkan dalam Journal
  78. Peta laluan yang lebih tepat dalam aplikasi Fitness selepas senaman
  79. Tukar antara dua peranti iPhone dengan nombor telefon yang sama
  80. Cadangan penerima berasaskan kandungan untuk perkongsian foto dan pautan
  81. Peningkatan organisasi album dalam Photos
  82. Pendidikan perimenopaus dan menopaus dalam aplikasi Health
  83. RDMA melalui Thunderbolt yang dipertingkatkan
  84. Sokongan untuk rakaman kamera 4K dalam aplikasi Home
  85. Pelancaran Kamera yang lebih pantas dalam Low Power Mode
  86. Ikon bar sisi yang berwarna-warni
  87. Respons Voice Control yang lebih pantas dalam iOS
  88. Visited Places yang lebih tepat dalam Maps
  89. Penyegerakan Messages yang dipertingkatkan merentasi peranti
  90. Kamera dwi dalam FaceTime
  91. Pelayaran dan pemindahan yang lebih pantas dalam Files dalam iPadOS
  92. Foto dan video resolusi penuh dalam iCloud Shared Albums
  93. Pertukaran Skrin Kunci yang lebih pantas
  94. Simpan data dalam Shortcuts
  95. Keizinan peserta tambahan dalam Shared Albums
  96. Panduan dalam Maps tersedia di lebih banyak tempat
  97. Tetingkap baharu yang melengkung dalam visionOS
  98. Flyover yang dipertingkatkan dalam Maps
  99. Sesuaikan tayangan slaid dalam Photos
  100. Pautan bahagian (Section links) dalam Notes
  101. Hotspot Peribadi yang lebih cekap kuasa pada semua peranti
  102. Nota bergaya daripada akaun Kalendar pihak ketiga
  103. Pusat Kawalan yang dipertingkatkan dalam visionOS
  104. Bar menu berterusan pilihan pada iPad
  105. Skrin Kunci kekal aktif secara konsisten semasa menatal pemberitahuan
  106. Pemindahan AirDrop yang lebih pantas
  107. Kanvas penyesuaian mod gelap dalam Freeform
  108. Pilihan perkongsian yang lebih fleksibel dalam Find My
  109. Koleksi Captured by Me dalam Photos
  110. Widget bersaiz ekstra besar dalam iOS
  111. Mesej yang gagal dihantar akan cuba dihantar semula secara automatik
  112. Simpan sebarang tayangan slaid sebagai video dalam Photos
  113. Prestasi aplikasi web yang lebih pantas dalam Safari
  114. Tetapkan tarikh luput untuk Shared Albums anda
  115. Pemuatan papan kekunci emoji dan pelekat yang lebih pantas
  116. GymKit pada iPhone dan Apple Watch
  117. Aplikasi Podcasts yang direka bentuk semula untuk tvOS
  118. Aplikasi Find My yang disatukan dalam watchOS
  119. Ketepatan jarak yang dipertingkatkan semasa senaman treadmill
  120. Peningkatan UI Find My
  121. Penaipan Cháizi
  122. Pratonton pautan kolaborasi iCloud yang lebih kaya
  123. Pengurusan kuasa Bluetooth yang dipertingkatkan
  124. Permintaan akses untuk item yang dikongsi melalui iCloud
  125. Sokongan sentuhan yang diperluaskan dalam Sidecar
  126. Pengecaman teks yang lebih pantas dalam foto dan dokumen
  127. Sokongan untuk cerminan Mac dalam resolusi 5K
  128. Penatalan Kalendar yang lebih lancar
  129. Animasi dan grafik yang lebih lancar dalam Safari
  130. Halaman artis yang diperbaharui dalam Apple Music
  131. Cari dalam rancangan dalam Podcasts
  132. Kunci dan ketik untuk melihat serta membalas pemberitahuan dalam visionOS
  133. Tajuk navigasi dan ketepatan GPS yang dipertingkatkan dalam CarPlay
  134. Permulaan senaman yang lebih pantas dalam aplikasi Workout
  135. Kelantangan penggera bebas daripada kelantangan audio sistem.
  136. Pertukaran kamera yang lebih lancar semasa zum dalam video
  137. Pelancaran app extension yang lebih pantas dalam watchOS
  138. Aktiviti terkini dalam Shared Albums
  139. Peningkatan kemas kini Offline Maps
  140. Kualiti FaceTime yang dipertingkatkan pada sambungan yang lemah
  141. Tap gesture pada Apple Watch
  142. Kiraan langkah yang disegerakkan dalam aplikasi Health dan Fitness
  143. EQ Tersuai AirPods
  144. Memainkan media yang lebih pantas dalam watchOS
  145. Pengindeksan pintasan dan tindakan yang lebih pantas dalam Spotlight
  146. Pemuatan rakaman baharu yang lebih pantas dalam Photos
  147. Salin dan tampal sebagai Markdown dalam Notes
  148. Editor Shortcuts yang direka bentuk semula
  149. Penghantaran foto, video, dan teks secara berterusan dalam Messages
  150. Simpan bingkai video sebagai foto
  151. Pengendalian JavaScript yang lebih pantas dalam Safari
  152. Pilih haiwan peliharaan tertentu dalam Photo Shuffle
  153. Ubah suai beberapa acara Kalendar secara serentak
  154. Penggera yang peka terhadap cuti umum di China
  155. Pengindeksan carian yang lebih dipercayai dalam Mail
  156. Pengubahan saiz aplikasi iPhone dalam iPadOS
  157. Balas (React) dengan sebarang emoji dalam Shared Albums
  158. QuickPath dan cadangan penaipan untuk papan kekunci VNI Vietnam
  159. Ikon bar menu yang dikemas kini
  160. Pemberitahuan yang disatukan untuk berbilang Tapback dalam Messages
  161. Ikon aplikasi yang dikemas kini
  162. Tatal ke bawah untuk menyegar semula dalam macOS
  163. Saiz teks yang lebih besar dalam tvOS
  164. Sokongan pemandangan spatial untuk panorama dalam visionOS
  165. Lihat strim daripada kamera yang serasi secara serentak dalam aplikasi Home
  166. Grid aplikasi dinamik dalam watchOS
  167. Nama aplikasi dalam bar status iPad
  168. Sertai iCloud Shared Albums daripada Android dan Windows
  169. Kalendar alternatif untuk India menyokong zon masa semasa semasa melancong
  170. Penatalan yang lebih lancar dalam Safari dalam macOS
  171. Boot dan sambungan ke Wi-Fi yang lebih pantas dalam visionOS
  172. Bar alat yang seragam (uniform toolbars)
  173. Gambar kecil (thumbnails) dipaparkan untuk media yang telah dipadamkan buat sementara (offloaded media) dalam Messages
  174. Pengubahan saiz aplikasi dalam iPhone Mirroring
  175. Cari perbualan dalam Messages mengikut nombor telefon atau nama gelaran kenalan
  176. Lebih mudah untuk menjemput orang lain dalam Shared Albums
  177. Folder kolaboratif dalam Freeform
  178. Format senarai yang dipertingkatkan dalam Mail
  179. Star ratings dalam Photos
  180. Jejari sudut yang konsisten
  181. Pemilihan kad dan pengurusan pembayaran yang lebih mudah dengan Apple Pay
  182. Automasi tangkapan skrin dan pemberitahuan dalam Shortcuts
  183. Pengesanan air yang lebih cekap pada Apple Watch
  184. Widget Parked Car untuk Maps dalam Smart Stack
  185. Penemuan penerima AirDrop yang lebih pantas
  186. Penjadual CPU yang dioptimumkan
  187. Saiz automatik dan tetapkan semula lajur
  188. Cari foto dan video menggunakan metadata tambahan
  189. CarPlay nirwyar yang dipertingkatkan
  190. Perluasan bahasa untuk Grocery List dalam Reminders
  191. Pemagaran halaman (paging) yang lebih lancar antara halaman Skrin Utama
  192. Hasil carian mengembalikan foto orang dan haiwan peliharaan yang lebih memuaskan dalam Photos
  193. Penatalan yang lebih lancar dalam Control Center dan Control Gallery
  194. Melukis dalam Freeform dalam macOS
  195. Pelancaran aplikasi yang lebih pantas
  196. Lebih banyak mod paparan resolusi tinggi dan kadar penyegaran tinggi untuk paparan luaran
  197. Pengalaman Kamera yang lebih mudah dicapai
  198. Pilihan untuk mengutamakan penyegerakan ke iCloud Photos
  199. Lebih mudah untuk menyimpan foto daripada Shared Albums
  200. Akses bar menu yang lebih pantas dalam iPadOS
  201. Tetapan yang direka bentuk semula dalam aplikasi Apple Watch
  202. Sokongan untuk perubahan zon masa dalam aplikasi Sleep
  203. Orientasi foto yang lebih tepat
  204. Assistive Acces yang dikemaskini
  205. Pembacaan NFC yang lebih pantas dan dipercayai
  206. Lebih pantas untuk membuka paparan skrin penuh daripada widget Photos
  207. Animasi dan pelancaran aplikasi yang lebih lancar dalam tvOS
  208. Cap masa untuk Journal entries
  209. Sokongan video DRM dalam iPhone Mirroring
  210. Garis pembahagi dalam Notes
  211. Permulaan main balik Apple Music yang lebih pantas
  212. Penatalan yang lebih lancar dalam galeri widget
  213. Lebih mudah untuk mengakses kod pemulihan untuk Akaun Apple
  214. Akses yang lebih pantas kepada kandungan dikongsi di iCloud.com
  215. Quick Start dengan kenalan recovery.
  216. Sokongan audio News+ dalam iPadOS
  217. Pilihan untuk memasukkan foto diri anda dalam Photo Shuffle
  218. Animasi yang lebih lancar dalam artikel News dan Stocks
  219. Animasi yang lebih lancar dalam Mission Control dan Spaces
  220. Render yang lebih pantas untuk tab Collections dalam Photos
  221. Pengubahan saiz halaman mula yang lebih lancar dalam Safari
  222. Selection view dalam Photos
  223. Lihat baki kad dalam Wallet dalam watchOS
  224. Pemulihan Rapid Return to Service yang lebih pantas
  225. Paparan setiap jam dan 10 hari yang dikemas kini dalam Weather
  226. Live Activities dalam Dynamic Island dalam mod landskap
  227. Kad transit dan ID dalam Smart Stack dalam watchOS
  228. Pautan kongsi yang lebih mudah diakses untuk kolaborasi iCloud
  229. Pertukaran tetingkap yang lebih pantas dalam iPadOS
  230. Tetingkap aktif yang lebih jelas perbezaannya
  231. Show Borders untuk ketercapaian macOS
  232. Widget untuk Mac Virtual Display dalam visionOS
  233. Persediaan yang diperkemas untuk Touch Accommodations dalam iOS dan iPadOS
  234. Peningkatan gandingan dan handoff untuk peranti pendengaran MFi
  235. Paparan berbilang tab dalam Safari dalam visionOS
  236. Peralihan yang lebih lancar antara Wi-Fi dan rangkaian selular
  237. Senaman Fitness+ untuk perimenopaus dan menopaus
  238. MiniPlayer Audio dalam CarPlay
  239. HDR untuk UI sistem macOS
  240. Identity Documents dalam Photos
  241. Ketepatan lencana belum dibaca yang dipertingkatkan dalam Mail
  242. Persediaan kunci kereta proaktif
  243. Carian bahasa lazim untuk laluan dalam Maps
  244. Penyimpanan kamera HomeKit yang lebih dipercayai
  245. Konteks pada skrin untuk cadangan penaipan yang lebih relevan bagi bahasa Cina dan Jepun
  246. Lebih pantas untuk menambah rakaman kamera terkini dalam Messages
  247. Kemas kini masa nyata untuk widget apabila aplikasi dibuka
  248. Sokongan Order Tracking Wallet di Australia dan Kanada
  249. Kemasukan dan keluar yang lebih pantas daripada mod Assistive Access dan Guided Access
  250. Sokongan untuk perkongsian media daripada aplikasi pihak ketiga
  251. Sokongan bahasa yang diperluaskan untuk pengkategorian automatik dalam Reminders
  252. Pembuatan akaun pengguna yang lebih pantas dalam macOS
  253. Butiran acara Kalendar yang diperkemas
  254. Live Captions FaceTime untuk bahasa Cina Tradisional
  255. Cadangan Smart Stack baharu dalam watchOS
  256. Lebih pantas untuk mula memuat naik ke iCloud Photos