
Insta360 memperkenalkan Luna Pro, iaitu kamera gimbal baharu dengan rekaan lebih ringkas. Ia menggunakan sensor tunggal 1″ lebar yang dibangunkan hasil kerjasama dengan Leica sekali gus menjadikannya pilihan kompak yang tetap mengekalkan kualiti rakaman tinggi.

Luna Pro menawarkan kemampuan rakaman sehingga 8K30FPS Dolby Vision, di samping menyokong 4K120FPS serta rakaman menegak 4K portrait melalui pemangkasan sensor. Fungsi zum digital sehingga empat kali turut disediakan dengan sokongan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang berperanan untuk mengekalkan butiran imej. Pada tahap zum maksimum, kamera ini mampu menghasilkan rakaman potret setara 80mm dalam 4K60FPS sekali gus menjadikannya sesuai untuk rakaman jarak jauh.



Luna Pro hadir dengan reka bentuk lebih ringan sekitar 215g namun masih mengekalkan beberapa ciri utama yang menjadi kekuatan kamera ini. Antara ciri tersebut termasuk bateri 1150mAh, sistem penstabilan 3 paksi bersama teknologi FlowState, serta sokongan audio berbilang mikrofon dengan Mic Pro.
Di China, Luna Pro ditawarkan pada harga CNY3,399 (~RM 2,041). Setakat ini, tiada maklumat rasmi mengenai pelancaran global.
Sumber – Insta360 China




