Apple Membawa Aplikasi “Health” Ke iPad

TechnologyDigital
6 Jun 2023 • 2:07 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mungkin ramai yang menganggap iPad tidak tergolong dalam aplikasi memfokuskan “kesihatan” atau “kecergasan” – seperti iPhone atau Apple Watch. Namun, pada acara WWDC 2023 hari ini, Apple mengubah tanggapan tersebut, dan mengumumkan pengenalan aplikasi Health untuk iPad.

Aplikasi ini akan hadir ke iPad sebagai sebahagian kemaskini iPadOS 17 yang bakal diperkenalkan kelak pada tahun ini.

image is not available

Dengan penawaran aplikasi ini, para pengguna boleh mengakses pelbagai data-data kesihatan mereka dari peranti seperti iPhone dan Apple Watch, pada skrin besar. Penawaran ini juga bakal membuka peluang kepada para pembangun dalam membangunkan penawaran baharu bagi pengguna tablet Apple berkenaan.

Mungkin kita akan melihat lebih banyak kaedah penggunaan iPad untuk tujuan kesihatan dan kecergasan selepas pengenalan ini bermula penghujung tahun ini.