Pelbagai syarikat teknologi sedia membuang sejumlah pekerja sejak penghujung tahun lepas – dalam usaha mengoptimasikan kos, menjadikan operasi lebih efisien, serta ada juga disebabkan oleh penggunaan kecerdasan buatan dan sebagainya. Terbaru, ia dilaporkan yang mana Apple turut membuang sekitar 700 orang pekerja pada syarikat berkenaan.
Ia dikatakan kebanyakkan pekerja adalah daripada projek kereta Apple yang dibatalkan, selain pekerja disebabkan oleh pertimbangan semula projek pembangunan paparan mikro-LED. Namun, pada masa yang sama, mengikut wartawan Bloomberg, angka pekerja yang dibuang adalah lebih tinggi berbanding yang dilaporkan ini – kerana angka yang dilaporkan hanya melibatkan pekerja di California sahaja.
The actual number is higher. Apple had a car presence in Arizona (divided between employees and contractors) and many display engineers in Asia. Those layoffs aren’t included in the 614 people reported to California. https://t.co/Gv0WHkMW8Y
Sebelum ini, ramai menyasarkan sejumlah pekerja yang terkesan dengan projek yang dibatalkan mungkin diaturkan dibawah bahagian baharu. Namun, nampaknya Apple mengambil langkah untuk hanya melakukannya dengan sebahagian besar pekerja, dan bukan keseluruhan pasukan berkenaan.

