PBB Meluluskan Resolusi Global Pertama Mengenai Kecerdasan Buatan

TechnologyDigital
22 Mar 2024 • 10:13 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu secara sebulat suara meluluskan resolusi global pertama mengenai kecerdasan buatan (AI) untuk menggalakkan negara-negara ahli melindungi hak asasi manusia, melindungi data peribadi dan memantau risiko yang wujud disebabkan oleh AI.

Resolusi yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat dan ditaja bersama oleh China serta 122 negara lain, juga menyokong pengukuhan dasar privasi pengguna. Sebanyak 193 negara ahli PBB menyokong resolusi ini di saat impak penggunaan AI ke atas kehidupan seharian semakin dapat dilihat dengan jelas.

image is not available

Antara itu paling hangat dibincangkan mengenai AI pada waktu ini ialah bagaimana di digunakan untuk menghasilkan kandungan palsu dengan mudah, penipuan atas talian serta menyebabkan ramai akan kehilangan kerja dalam waktu terdekat.

China dan EU adalah sebilangan kecil negara yang sudahpun mempunyai rangka kerja mengenai penggunaan AI. Di Malaysia, kod etika dan tadbir urus kecerdasan buatan (AI) sedang dibangunkan MOSTI dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia, wakil agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi serta pihak industri dan dijangka siap tahun ini.