Apple Membuka Stor Aplikasi Alternatif Di Brazil

TechnologyDigital
19 Jun 2026 • 11:27 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Brazil menjadi pasaran ketiga selepas Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun yang menerima sokongan stor aplikasi pihak ketiga pada peranti Apple. Ini berlaku selepas Apple mencapai persetujuan bersama Majlis Pentadbiran untuk Pertahanan Ekonomi (CADE) untuk menyelesaikan pertikaian selepas gergasi e-dagang Mercado Libre Group memfailkan aduan mengenai peraturan App Store syarikat itu.

Image from: Apple Membuka Stor Aplikasi Alternatif Di Brazil

Pengguna di Brazil turut menerima pilihan melakukan pembayaran di luar ekosistem App Store menerusi pihak ketiga atau daripada laman web pembangun aplikasi. Apple masih akan mengambil potongan daripada setiap transaksi dengan ia adalah antara 10-26% bergantung kepada platform yang dipilih pengguna.

Selain membenarkan stor aplikasi pihak ketiga diakses pengguna Brazil, Apple juga membuka akses untuk pengguna di negara tersebut menetapkan stor aplikasi lalai pada peranti. Kesemua ciri baharu ini hanya boleh diakses peranti yang menggunakan iOS 26.5.

Sumber – Apple

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved