Apple Memfokuskan Pembangunan iPhone 17 Yang Lebih Nipis Untuk 2025 – Diikuti MacBook Pro Dan Apple Watch Lebih Nipis

TechnologyDigital
16 Jun 2024 • 10:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple pada tahun ini telah memperkenalkan iPad Pro yang bersaiz sangat nipis – lebih nipis berbanding dengan model iPad Air sendiri. Kini, mengikut laporan Bloomberg, pengenalan iPad Pro bersaiz nipis itu adalah hanya permulaan, dan Apple dijangka akan memperkenalkan peranti-peranti lain yang nipis dalam tahun-tahun akan datang.

image is not available

Buat masa ini, Apple dikatakan sedang memfokuskan untuk menghasilkan iPhone 17 dengan rekaan yang nipis, dan bakal diperkenalkan pada 2025. Laporan terbaru ini adalah selari dengan pelbagai laporan sebelum ini, termasuk desas-desus mengatakan iPhone 17 Slim bakal hadir pada 2025.

image is not available

Disamping iPhone, Apple juga dikatakan bakal hadir dengan MacBook Pro bersaiz lebih nipis, disamping yang dinantikan ramai adalah Apple Watch bersaiz nipis. Sekiranya berjaya, tidak mustahil lebih ramai akan meminati penawaran Apple – apatah lagi jikalau berjaya mengekalkan ketahanan bateri dan prestasi yang lebih baik melalui penawaran peranti bersaiz lebih nipis dan ringan.