Apple Memperkenalkan Aplikasi “Games” – Hab Setempat Untuk Semua Perkara Melibatkan Permainan Pada iPhone Dan iPad

TechnologyDigital
10 Jun 2025 • 7:10 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple pada acara WWDC 2025 hari ini telah memperkenalkan sebuah aplikasi baharu dinamakan Apple Games. Melaluinya, ia menjadi sebuah hab setempat untuk perkara melibatkan permainan, di iPhone dan iPad.

Apple Games mengintegrasikan penyenearaian permainan daripada App Store, disamping turut menawarkan ciri sosial seperti cabaran bersama rakan dan juga tangga kedudukan. Apple Games turut menyertakan sebuah halaman khusus untuk Apple Arcade.

image is not available

Dengan langkah ini, Apple dilihat ingin memudahkan lagi akses kepada pelbagai permainan mudah-alih di iPad dan juga iPhone.

Aplikasi Apple Games ini akan hadir secara terbina melalui iOS 26 dan iPadOS 26 kelak.