Snapchat Memperkenalkan Aplikasi Untuk Apple Watch

TechnologyDigital
6 Jun 2025 • 12:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Snapchat, salah satu perkhidmatan sosial popular dengan lebih 900 juta pengguna di seluruh dunia, kini akhirnya memperkenalkan aplikasi mereka untuk pengguna jam tangan pintar Apple, Apple Watch.

image is not available

Dengan penawaran ini, pengguna boleh mengikuti kemaskini Snapchat dengan mudah terus melalui pergelangan tangan mereka. Menggunakan aplikasi ini, pengguna boleh melihat mesej yang diterima, membalasnya menggunakan papan kekunci atau membalas dengan menghantar emoji.

Penawaran aplikasi ini sekaligus membolehkan anda kekal berhubung menggunakan Snapchat pada bila-bila masa, tanpa perlu mengeluarkan telefon pintar.

Bagi anda yang aktif menggunakan Snapchat dan mempunyai Apple Watch, boleh memuat-turun aplikasi ini hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved