Apple Mencabar Akta DMA Kesatuan Eropah Yang Mengarahkan Ekosistem Dibuka Kepada Pesaing

TechnologyDigital
3 Jun 2025 • 12:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple memfailkan cabaran di mahkamah ke atas Akta Pasaran Digital (DMA) Kesatuan Eropah (EU) yang meminta mereka membuka ekosistem kepada pesaing. Tahun lalu di bawah DMA, EU meminta Apple membuka ekosistem seperti AirDrop, AirPlay dan menambat aksesori audio dengan pantas AirPods kepada pihak ketiga.

image is not available

Dalam dokumen yang difailkan di mahkamah, Apple berkata sekiranya mereka mematuhi arahan DMA data pengguna Apple akan diakses oleh pihak ketiga yang menimbulkan risiko privasi dan keselamatan yang besar kepada pengguna mereka di EU.

Selain itu ia proses pematuhan mewujudkan “proses yang tidak munasabah, menelan kos tinggi dan menyekat inovasi”. Sejak DMA mula berkuatkuasa dua tahun lalu, syarikat teknologi utama telah dikenakan denda ratusan juta Dolar kerana tidak mematuhinya. Bulan lalu Apple didenda $500 juta kerana App Store tidak mematuhi keperluan DMA yang meminta sistem pembayaran aplikasi luar App Store diberikan kepada pengguna