Dropbox Mengurangkan 20% Tenaga Pekerja

TechnologyDigital
30 Oct 2024 • 11:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dropbox kini mengumumkan mereka akan mengurangkan sebanyak 20% tenaga kerja global mereka, sekaligus memberikan impak kepada lebih 528 pekerja. Ini adalah kali kedua Dropbox membuang angka pekerja yang ramai, selepas membuang sekitar 500 pekerja pada April 2023 lepas.

Pihak Dropbox mengatakan langkah ini diambil disebabkan syarikat kini dalam “fasa peralihan”, dan kini dalam usaha untuk membuang bahagian yang terlebih labur, selain merekabentuk pasukan yang lebih efisien.

Pada masa yang sama, Dropbox turut mengatakan mereka melihat permintaan yang sedikit perlahan pada perniagaan teras mereka – membawa kepada langkah mengurangkan tenaga kerja ini.