Apple Mengecilkan Bahagian Perkhidmatan Digital Mereka – Sekitar 100 Pekerja Terkesan

TechnologyDigital
28 Aug 2024 • 6:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dalam satu langkah untuk menyelarikan perkhidmatan digital mereka, ia telah dilaporkan bahawa Apple akan mengecilkan sebahagian daripada bahagian perkhidmatan digital mereka dengan mengurangkan sebanyak 100 tenaga kerja di bahagian Apple Books dan Apple News.

Pihak Bloomberg mengatakan bahawa sebahagian besar daripada pengecilan ini tampil melalui Apple Books, yang dilaporkan tidak lagi akan menjadi salah satu fokus utama Apple di masa akan datang. Para pekerja yang dilaporkan terkesan termasuklah beberapa jurutera perisian dan perkhidmatan.

Walaupun kebanyakan pemotongan ini dibuat pada bahagian Apple Books, ia tidak bermakna bahawa individu-individu tersebut akan kehilangan kerja. Bersama dengan pengumuman tersebut, mereka yang terkesan diminta untuk mencari tugasan baru didalam Apple sekiranya tidak berminat untuk mencari pekerjaan baru di luar syarikat tersebut.

Untuk sejumlah individu-individu ini ia mungkin tidak sukar kerana ramai dari mereka yang bekerja dengan beberapa pasukan pembangun yang berbeza, jadi berpindah pasukan bukanlah sesuatu yang sukar untuk mereka.