Apple kini secara rasminya mengumumkan sebuah acara khas yang dijadualkan pada 10 September 2026, pukul 1 pagi (waktu Malaysia). Apple dijangka memperkenalkan telefon pintar terbaru, siri iPhone 18 Pro pada acara berkenaan. Apple menggunakan slogan “Surprise & Shine” untuk acara ini.

Mengikut spekulasi awal, Apple dijangka memperkenalkan tiga model iPhone pada acara berkenaan, iaitu iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max dan juga berkemungkinan besar adalah sebuah iPhone boleh lipat. Disamping telefon pintar, kita mungkin turut melihat pengenalan jam tangan pintar dan juga fon telinga pada acara berkenaan.
Acara yang dijadualkan pada September ini juga akan menyaksikan ia diketuai oleh CEO baru Apple, yang akan mengambil tampuk pengurusan menggantikan Tim Cook. Selain pengenalan peranti, iOS versi baharu juga akan dilancarkan secara rasminya, bersama-sama Siri yang dikuasakan dengan kecerdasan buatan.
Untuk model iPhone 18 biasa pula, ia dijangka diperkenalkan pada awal tahun 2027 kelak, bersama-sama dengan iPhone 18e dan juga iPhone Air. Acara



