Apple Mulakan Kajian Berkaitan Kaca Mata Pintar – Arena Yang Diterajui Meta

TechnologyDigital
5 Nov 2024 • 12:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta pada hari ini sedia bekerjasama dengan Ray-Ban, dan menawarkan kaca mata pintar. Penawaran Meta juga dilihat agak menarik dan jauh kehadapan jikalau dibandingkan dengan Apple Vision Pro yang mungkin nampak agak ketinggalan kaedah pemakaiannya.

Menyedari perkara berkenaan, kini Apple dilaporkan telah mulakan kajian dalaman berkaitan dengan kaca mata pintar. Buat masa ini, ia sekadar kajian dalaman sahaja, dan tidak diketahui lagi berapa lama masa akan diambil untuk penawaran kepada umum.

image is not available

Untuk Meta sendiri, model asal kaca mata pintar mereka sekadar menawarkan ciri asas seperti mendengar lagu, menjawab panggilan, merakamkan video, dan bersembang dengan pembantu maya. Namun, pada tahun ini Meta telah memperlihatkan projek baharu mereka, Orion yang turut hadir dengan projektor kecil yang mempunyai paparan pada skrin, sekaligus memperluaskan lagi penggunaannya. Meta masih belum berkongsi berkenaan bilakah Orion ini akan dikomersilkan.