Meta Ingin Menjual Cermin Mata Pintar Orion Dalam Masa Dua Tahun Lagi

TechnologyDigital
11 Oct 2024 • 10:06 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Cermin mata pintar Meta Orion mungkin antara projek yang mengejutkan daripada Meta kerana ia hadir secara mengejut dengan kemampuan yang bukan sekadar gimik. Ia adalah produk yang lebih praktikal jika dibandingkan dengan penggunaan set kepala gergasi seperti Vision Pro. Menurut laporan CNBC, Meta Orion akan ditawarkan kepada orang ramai dalam masa dua tahun lagi.

image is not available

Masa ini kelihatan yang agak singkat untuk mengubah sebuah prototaip menjadi produk sebenar tetapi hakikatnya Orion telah dibangunkan sejak 10 tahun yang lalu. Isu yang masih wujud ialah bingkai cermin mata yang masih tebal dan teknologi lensa yang setahu kami tidak mesra dengan mereka yang rabun. Teknologi skrin Orion meletakkan skrin Micro LED terus ke dalam lensa Orion.

Selain itu Meta juga ingin mengembangkan penggunaan alat kawalan gelombang otak EMG yang digunakan Orion pada produk lain seperti Meta Quest. Gelang EMG mengesan gelombang elektrik yang dihantar otak menggunakan saraf. Pengguna boleh mengawal objek dan melakukan interaksi tangan pergerakan tubuh atau bercakap.

Dalam demo Orion di acara Meta Connect, Mark Zuckerberg berkata pengguna Orion boleh menaip teks tanpa kelihatan seperti melakukannya kerana hanya wujudnya gelang EMG.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved