Apple Mungkin Melancarkan iPhone, AirPods dan MacBook “Ultra”

TechnologyDigital
9 Mar 2026 • 9:14 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pada ketika penggunaan mama Ultra digunakan Apple pada cip pemproses, Apple Watch dan CarPlay untuk menunjukkan kemampuan yang melebihi produk asas. Bloomberg pagi ini melaporkan Apple sedang mempertimbangkan menjual iPhone, MacBook dan AirPods menggunakan nama Ultra dalam masa terdekat.

image is not available
Apple Watch Ultra

iPhone Ultra ialah nama yang sedang dipertimbangkan untuk iPhone skrin lipat pertama keluaran mereka. Produk yang sudah lima tahun dibangunkan ini mungkin akan dilancarkan tahun 2027 sempena ulang tahun ke-20 iPhone. Antara ura-ura yang didengari ialah ia peranti kecil dalam mod lipat dan menjadi sebesar iPad Mini apabila dibuka. Skrin tidak akan mempunyai garisan dan nisbah skrin adalah 4:3.

MacBook Ultra pula ialah MacBook paling mercu dengan skrin OLED yang menyokong sentuhan dan dipadankan dengan cip siri Apple M yang lebih berkuasa. Selepas menawarkan MacBook Neo yang paling mampu milik, Ultra akan menjadi MacBook paling mercu serta premium mereka.

Akhir sekali AirPods Ultra pula adalah sepasang fon telinga dengan kamera yang boleh melihat persekitaran. Ura-ura kewjudan AirPods dengan kamera ini sudah kami laporkan sejak tahun lalu. Ia akan dipadankan dengan Apple Watch untuk memberikan pelbagai maklumat kepada pemakai. Seperti iPhone Ultra, AirPods Ultra dijangka dilancarkan 2027.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved