Apple Mungkin Menawarkan Stor Aplikasi AI

TechnologyDigital
27 Mar 2024 • 11:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple akan memfokuskan AI pada tahun ini dengan iOS 18 akan menjadi kemas kini terbesar dalam sejarah Apple. Siri juga dikatakan akan diintegrasikan dengan AI, iPhone boleh memproses AI terus dari dalam peranti dan terbaru dari CNBC, Ben Reitzes selaku ketika kajian teknologi di Melius Research memberitahu Apple tidak ketinggalan dalam perlumbaan AI.

Malah Apple mungkin akan menawarkan stor aplikasi AI tersendiri. Stor ini akan menjelaskan lagi mengenai AI pada platform Apple dan cara memberi aplikasi AI terus dalam stor tersendiri ini. Reitzes menyatakan yang Apple boleh berjaya dengan AI seperti mana Apple menjayakan industri muzik moden dengan iTunes suatu ketika dahulu.

image is not available

Dengan Apple sudah membenarkan pembangun hadir dengan stor aplikasi tersendiri di Eropah, stor alternatif untuk AI adalah tidak mustahil. Open AI turut mempunyai stor chatbot untuk pelanggan premium mereka menggunakan pelbagai jenis chatbot dengan tema tersendiri. Sama-sama kita nantikan acara WWDC pada 11 Jun nanti untuk melihat apakah AI di mata Apple.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved