Apple Music Replay 2023 Diperkenalkan Untuk Pengguna Jejak Dan Pantau Muzik Kegemaran

TechnologyDigital
31 Jan 2023 • 12:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Anda mungkin terkejut dan rasa aneh dengan Apple Music, kerana Replay 2023 telah pun diperkenalkan hari ini. Jika anda tertanya kenapa ia diperkenalkan secara lebih awal, dan bukan pada hujung tahun seperti biasa – ini kerana dengan Apple Music Replay 2023 pengguna boleh menjejak muzik kegemaran setiap minggu dan dapatkan senarai main dengan 100 muzik pada hujung tahun nanti.

Replay 2023 akan dikemaskini pada setiap minggu, hari Ahad dan menyenaraikan muzik mengikut kedudukan 1-100 berdasarkan corak pendengaran. Untuk permulaan, apabila pengguna telah mendengar muzik pada jumlah yang mencukupi senarai main akan dijana dan terus boleh diakses dari tab Listen Now atau Dengar pada aplikasi atau versi web Apple Music.

image is not available

Dengan Apple Music Replay 2023 ini pengguna boleh pantau muzik kegemaran, sementara jika dibandingkan dengan Spotify Wrapped – ia tidak boleh dipantau dan keputusan pada hujung tahun nanti mungkin akan mengejutkan anda.