Apple Music Tidak Boleh Digunakan Sepenuhnya Bersama Sonos Buat Masa Ini

TechnologyDigital
17 Oct 2024 • 11:07 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Baru sahaja Sonos kembali menerima pujian dengan pelancaran Arc Ultra dan Sub 4 serta janji aplikasi akan dikemaskini secara mingguan, hari ini berita mengecewakan pula tiba. Kepada pengguna-pengguna produk audio Sonos, dukacita dimaklumkan anda tidak boleh mengakses pustaka Apple Music sepenuhnya buat sementara waktu.

image is not available

Dalam lebih 130 perkhidmatan penstriman audio yang disokong oleh Sonos secara natif, hanya Apple Music sahaja yang tidak boleh diakses sepenuhnya. Menurut laman status.sonos, sistem mereka mengenalpasti yang terdapat masalah melayari pustaka Apple Music. Ini menyebabkan tidak semua muzik dan kandungan dalam Apple Music boleh diakses. Pihak Sonos telah pun dalam usaha membaikpulih tetapi tidak dinyatakan bila pengguna kembali boleh menggunakan Apple Music dengan pengalaman lengkap.

Sementara menantikan masalah dibaiki, anda masih boleh menggunakan produk audio Sonos bersama Spotify, Tidal, YouTube Music, Deezer dan banyak lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved