Apple Pencil Baharu Yang Menyokong Vision Pro Akan Dilancarkan

TechnologyDigital
26 Mar 2024 • 9:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Set kepala perkomputeran spatial Apple Vision Pro menjadi peranti yang tular kerana muncul puluhan video pemilik menggunakannya di tempat awam. Jualan Vision Pro pula dilaporkan lebih tinggi berbanding ramalan awal Apple. Pada waktu ini ia menyokong gestur tangan dan digunakan bersama papan kekunci fizikal Apple.

image is not available

Menurut laporan MacRumors, sebatang Apple Pencil baharu akan dilancarkan dengan ia boleh digunakan dengan Vision Pro. Dengan ini pemilik Vision Pro boleh melakar menerusi aplikasi Freeform dalam dunia AR. Masih belum diketahui bagaimanakah implementasi sokongan ini akan diberikan.

Beberapa paten Apple Pencil sebelum ini menunjukkan sokongan gestur, kamera terbina dan kemampuan mengenal warna. Pada waktu ini ujian masih dilakukan menggunakan versi baharu VisionOS yang sedang dibangunkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved