Apple Pencil Dengan Bateri Boleh Diganti Akan Dilancarkan 2027

TechnologyDigital
13 Jul 2026 • 9:41 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Pencil Dengan Bateri Boleh Diganti Akan Dilancarkan 2027

Sejak Apple Pencil pertama dilancarkan pada tahun 2015, ia telah menerima empat kemas kini rekaan seperti penggunaan USB-C dan tubuh yang kini boleh mengesan tekanan jari. Menurut laporan Bloomberg, Apple Pencil USB-C dan Apple Pencil Pro baharu akan dilancarkan tahun depan dengan ciri bateri yang boleh diganti oleh pemilik.

Image from: Apple Pencil Dengan Bateri Boleh Diganti Akan Dilancarkan 2027

Ciri ini diberikan bagi memenuhi keperluan Kesatuan Eropah (EC) yang mewajibkan pengeluar peranti elektronik memudahkan proses bateri digantikan oleh pemilik. Sebelum ini sekiranya berlalu kerosakan pada bateri Apple Pencil, proses menggantikannya adalah rumit sehingga pengguna mengambil jalan mudah membeli sahaja sebatang pensel baharu.

RUU yang memerlukan bateri peranti mudah ditukar oleh pemilik diperkenalkan di EU pada tahun 2023 dengan pematuhan penuh akan berkuatkuasa bermula Februari 2027. Syarikat yang gagal memenuhinya boleh dikenakan denda. Sebelum ini EU berjaya memaksa semua pengeluar peranti di zon ekonomi mereka wajib menggunakan port pengecasan USB-C dengan sendiri akur dan menamatkan penggunaan port Lightning.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved