
Dua puluh dua tahun lalu, saya membeli kad grafik baharu untuk memainkan Half Life 2. Enjin Source memerlukan kad grafik terkini untuk memaparkan grafik yang pada tahun 2004 adalah yang paling realistik pernah dihasilkan. Tetapi selepas hampir suku abad berlalu, Half Life 2 kini boleh dimainkan terus daripada pelayar web sahaja.

Projek dibangunkan Slqnt dan 98006 ini hanya memerlukan sebuah pelayar web tanpa permainan dipasang pada komputer terlebih dahulu menggunakan WebGL 2. Sungguhpun begitu komputer dengan kad grafik masih lagi diperlukan untuk menjalankan permainan ini pada komputer moden. Selain HL2, HL2 Episode 1 dan HL2 Episode 2 juga boleh dimainkan.
Berdasarkan pengalaman saya sendiri sebentar tadi, kualiti grafik adalah sederhana tetapi permainan, kadar bingkai dan audio agak tersekat-sekat pada MacBook yang saya miliki. Pada Android permainan boleh dijalankan tetapi tiada sokongan skrin sesentuh. Papan kekunci dan tetikus masih diperlukan. Untuk mencuba sendiri HL2 di pelayar web sila ke pautan di bawah.
Sumber – https://hl2.slqnt.dev/




