IQOO Z11i Dilancarkan Dengan Bateri Besar 6500mAh

TechnologyDigital
6 Jul 2026 • 12:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

IQOO Z11i Dilancarkan Dengan Bateri Besar 6500mAh

IQOO Z11i dilancarkan di China sebagai model keempat dalam siri Z11 selepas Z11x, Z11 dan Z11 Turbo. Telefon ini merupakan pilihan bajet dengan bateri besar, skrin laju 120Hz serta ciri praktikal untuk kegunaan harian. Ia juga sesuai untuk pengguna yang mahukan ketahanan bateri dan fungsi asas pada kos berpatutan.

Image from: IQOO Z11i Dilancarkan Dengan Bateri Besar 6500mAh

IQOO Z11i hadir dengan skrin LCD 6.74 inci HD+ (1600×720 piksel) yang menyokong kadar segar semula 120Hz manakala takuk kamera depan berbentuk titisan air menempatkan kamera swafoto. Telefon ini juga dikuasai oleh cip Snapdragon 4 Gen 2 dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB, serta menyokong kad microSD untuk tambahan storan. Selain itu, ia menawarkan bateri besar 6,500mAh dengan sokongan pengecasan 15W dan pengecasan berbalik berwayar, manakala sistem operasi Android 16 bersama OriginOS 6 pula melengkapkan pengalaman pengguna.

Image from: IQOO Z11i Dilancarkan Dengan Bateri Besar 6500mAh

IQOO Z11i hadir dengan kamera belakang 13MP berautofokus dan kamera depan 5MP yang sesuai untuk kegunaan asas. Ia juga dilengkapi ciri tambahan seperti pengimbas cap jari di sisi, bicu audio 3.5mm, USB-C, Bluetooth 5.1, IR blaster, pensijilan SGS untuk ketahanan jatuh serta ketahanan IP65 terhadap debu dan air. Di China, harga bermula dari RMB 1,299 (~RM780) hingga RMB1,699 (~RM 1,020) bergantung pada konfigurasi. Buat masa ini, belum ada kepastian sama ada ia akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia atau sebaliknya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved