Apple Pencil (USB-C) Kini Boleh Dibeli Pada Harga RM399

TechnologyDigital
17 Nov 2023 • 2:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Pencil USB-C baharu boleh dibeli pengguna di Malaysia hari ini. Stylus ini hadir dengan sokongan pengecasan USB-C dan adalah yang paling mampu milik ditawarkan oleh Apple kepada pemilik iPad. Di Malaysia ia ditawarkan pada harga RM399 sebatang.

image is not available

Kepada mereka yang ingin membeli Apple Pencil USB-C, anda harus menyedari ia lebih murah kerana tidak hadir dengan sokongan pengesanan tekanan pada mata pena. Pengecasan secara nirwayar apabila disambung pada sisi iPad turut tidak disokong. Ia sekadar menyokong sambungan kepada sisi iPad menggunakan magnet.

Apple masih menjual Apple Pencil generasi pertama dengan sambungan Lightning pada harga RM479 dan Apple Pencil generasi kedua pada harga RM599 sebatang.