Apple kini dilaporkan sedang bangunkan perancangan untuk menjual pelayan dikuasakan cip Apple M8 Ultra yang memfokuskan kepada kecerdasan buatan janaan, dan ditujukan kepada pengguna perusahaan atau pembangun. Langkah ini dilihat selari dengan permintaan tinggi dalam kalangan pembangun untuk mendapatkan Mac Mini dan Mac Studios untuk menjalankan model AI.

Sekiranya Apple mengambil langkah ini, ia dijangka akan membuatkan Apple kembali dalam arena perusahaan dan menjual pelayan. Mengikut laporan, Apple turut sedang pertimbangkan sebuah variasi yang mengintegrasikan teknologi NVIDIA pada penawaran mereka kelak.
Apa pun, buat masa ini, ia masih pada peringkat awal, dan sekiranya ia memasuki pengeluaran, hanya akan dipasarkan sekitar 2029 kelak. Dengan CEO Apple baharu yang lebih memfokuskan kepada pembangunan produk, kita mungkin melihat John Ternus terus berekesperimen dengan pelbagai variasi produk ke pasaran dalam terus membawa Apple ke hadapan.




