Pada iOS 17 akan ada mod StandBy yang membolehkan iPhone menjadi skrin pintar apabila diletakkan pada dermaga. Maklumat seperti waktu, kawalan peranti internet benda dan pelbagai notifikasi boleh dipaparkan pada skrin apabila tidak digunakan. Kini Mark Gurman yang menulius untuk Bloomberg mengatakan Apple sedang membangunkan monitor untuk Mac yang juga mempunyai ciri yang sama.

Skrin ini adalah sama seperti ProDispaly XDR dan Studio Display sebelum ini tetapi dengan mod StandBy. Dengan monitor Apple untuk Mac kesemuanya mempunyai cip Apple siri A terbina, menyertakan ciri ini pada produk baharu tidak akan menjadi isu yang besar.
Menurut Gurman apabila tidak digunakan sebagai monitor komputer, monitor ini secara automatik akan memasuki mod penjimatan kuasa dan hanya memaparkan maklumat yang perlu sahaja dalam mod StandBy. Tambah beliau lagi pembangunan sedang dilakukan dengan ia mungkin akan dilancarkan pada tahun 2024.
- Sumber
- Bloomberg


