Beg Tangan ‘Sekecil Kutu’, Dijual Pada Harga RM300,000

3 Jul 2023 • 5:20 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Beg tangan sekecil kuman mencetuskan kontroversi kerana harga ‘yahudi’

Beg Tangan ‘Sekecil Kutu’, Dijual Pada Harga RM300,000. Baru-baru ini, satu jenama popular meraih perhatian ramai apabila beg tangan tersebut dilelong pada harga USD$63,000 iaitu bersamaan RM300,000. Namun, yang menjadi persoalan orang ramai adalah saiz beg tangan tersebut yang hanyalah sebesar kuman.

Memetik laporan, beg tangan berjenama Louis Vuitton, berwarna hijau dan kuning neon itu dipercayai dijual pada harga permulaan sebanyak USD$15,000 sebelum naik kepada USD$63,000.

“Beg itu lebih kecil daripada sebutir garam laut dan cukup kecil untuk menembusi lubang jarum,” menurut catatan Instagram oleh pembuatnya, MSCHF kolektif seni yang berpangkalan di Brooklyn.

image is not available
Sumber: vocket

Mereka menjual kerana kolektif itu tidak dapat kebenaran daripada LV

Ketua pegawai kreatif MSCHF, Kevin Wiesner menyatakan bahawa kolektif itu tidak mendapat kebenaran daripada Louis Vuitton untuk menggunakan reka bentuk itu.

Sementara itu, tiada apa-apa komen yang dikeluarkan oleh jenama LV berkenaan seperti jualan yang menggunakan jenama mereka.

Diperbuat daripada proses stereolitografik

Difahamkan menurut maklumat lelongan, beg itu diperbuat daripada “proses stereolitografik yang biasa digunakan untuk membuat struktur bioteknologi mekanikal yang kecil.”

image is not available
Sumber: vocket

Untuk makluman, sejak kebelakangan ini, MSCHF telah menjadi tajuk utama dalam beberapa tahun termasuk “Kasut Syaitan” Lil Nas X yang pernah mencetuskan kontroversi tidak lama dahulu.

Baca juga artikel yang berkaitan: