Apple Tap To Pay Kini Boleh Digunakan Di Malaysia

LocalTechnology
22 Apr 2026 • 11:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple hari ini memperkenalkan ciri Tap to Pay di Malaysia selepas lebih empat tahun ia ditawarkan di Amerika Syarikat. Melalui ciri ini, ia membolehkan peniaga atau penjual menggunakan iPhone untuk menerima bayaran menerusi Apple Pay atau menggunakan kad kredit/debit tanpa memerlukan sebarang terminal fizikal tambahan.

image is not available

Ciri ini boleh digunakan iPhone 11 dan ke atas tanpa perlu bergantung kepada platform lain. Semasa pembayaran, peniaga hanya akan meminta pelanggan untuk memegang kad kredit atau debit, iPhone, Apple Watch atau dompet digital lain berhampiran iPhone peniaga, dan pembayaran akan diselesaikan dengan selamat menggunakan teknologi NFC

Apple mengatakan ia menyokong Apple Pay untuk pembayaran, selain sokongan kad debit atau kredit daripada American Express, JCB, Mastercard, MyDebit, UnionPay, and Visa. Platform yang menyokong di Malaysia pula ialah ADAPTIS, Fiuu, HitPay, Stripe, dan Zoho.

Tap to Pay di iPhone juga kelak boleh digunakan di Apple The Exchange TRX. Tiada perkakasan tambahan diperlukan, jadi peniaga boleh menerima pembayaran dari mana sahaja mereka menjalankan perniagaan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved