SK Hynix Kini Menghasilkan Memori SOCAMM2 192GB Untuk Kegunaan Pusat Data AI

TechnologyBusiness & Finance
22 Apr 2026 • 4:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

SK Hynix, salah satu syarikat pengeluar komponen memori terbesar di dunia baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telah mula menghasilkan memori LPDDR5X dalam bentuk SOCAMM2 dengan kapasiti memori sebanyak 192GB untuk kegunaan pusat data AI.

Memori LPDDR5X merupakan jenis memori sama yang digunakan dalam banyak peranti pintar dan juga komputer riba pada hari ini, tetapi untuk memori dengan rekabentuk SOCAMM2 ini, SK Hynix mengatakan bahawa pengeluarannya adalah khusus untuk pusat data AI.

Image from: SK Hynix Kini Menghasilkan Memori SOCAMM2 192GB Untuk Kegunaan Pusat Data AI

Menurut SK Hynix, kelebihan penggunaan memori dalam rekabentuk SOCAMM2 ini berbanding dengan rekaan memori RDIMM tradisional untuk kegunaan komputer pusat data ialah penggunaan tenaga elektrik yang lebih cekap, serendah 75 peratus.

Oleh kerana ini, mereka juga mengesahkan bahawa memori LPDDR5X ini dihasilkan secara khusus untuk platform pemprosesan kecerdasan buatan NVIDIA Vera-Rubin yang akan mula dihasilkan secara besar-besaran pada pertengahan tahun ini.

Image from: SK Hynix Kini Menghasilkan Memori SOCAMM2 192GB Untuk Kegunaan Pusat Data AI

Dengan memori ini, ia dilihat bahawa platform AI tersebut akan hadir dengan penggunaan kuasa yang lebih cekap berbanding platform pemprosesan AI lain sebelum ini dan membolehkan lebih banyak pemproses AI untuk digunakan.