Kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT membantu memudahkan kerja kerana mengambil alih proses tugasan yang remeh. Tetapi sudah berlaku insiden maklumat rahsia syarikat tertiris secara tidak sengaja seperti yang berlaku kepada Samsung. Menurut laporan Wall Street Journal, Apple ialah sebuah lagi syarikat yang menghalang penggunaan AI pihak ketiga di tempat kerja bagi mengelakkan nasib yang sama menimpa mereka.

Selain ChatGPT, kakitangan Apple juga dilarang menggunakan GitHub Copilot yang dimiliki oleh Microsoft untuk menulis kod. Copilot dan ChatGPT menghantar data kembali kepada OpenAI untuk diproses oleh itu terdapat kemungkinan rahsia Apple boleh tertiris.
Tindakan Apple adalah sama dengan Samsung yang bukan sahaja mengharamkan semua jenis AI oleh pihak ketiga tetapi mengambil langkah drastik membangunkan AI generatif sendiri dengan bantuan Naver di Korea Selatan.
- Sumber
- Wall Street Journal

