Netflix, Disney+ dan Amazon menawarkan pelan dengan sokongan iklan yang ditawarkan pada harga yang lebih rendah. Dalam kes Netflix, 45% pelanggan baharu mereka memilih pelan dengan sokongan iklan. Selepas ini mungkin Apple TV+ juga akan menawarkan pelan yang sama.

Menurut laporan The Telegraph, Apple melakukan pertemuan dengan BARB yang merupakan badan yang mengira jumlah penonton rancangan yang ditayangkan oleh d by the BBC, ITV, Channel 4, Channel 5, dan Sky. Ini dilihat sebagai langkah pertama sebelum menawarkan pelan pengiklanan kdi UK kerana Apple memerlukan data penonton sebelum iklan boleh ditawarkan kepada pelanggan
Seperti yang laporkan minggu lalu, Apple kini sedang dalam proses mengurangkan kos selepas membelanjakan $20 bilion dalam masa 5 tahun tetapi masih mempunyai jumlah penonton yang rendah. Dilaporkan jumlah tontonan sebulan Apple TV+ adalah lebih rendah berbanding tontonan sehari di Netflix.
Setakat ini hanya beberapa negara sahaja menerima pelan dengan iklan Netflix, Disney+ dan Amazon. Jika pelan Apple TV+ ini dilancarkan kelak, besar kemungkinan ia tidak akan diberikan kepada pelanggan Malaysia



![“Nampak Kecil Tapi Bermakna” – Tindakan Individu Parkir Kereta Berbeza Dari Yang Lain Dapat Pujian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)