X Akan Guna Data Anda Untuk Melatih Model Kecerdasan Buatan Grok AI – Anda Boleh Menghalangnya

TechnologyDigital
27 Jul 2024 • 10:43 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

X kini mengumumkan akan menggunakan data orang ramai dan pengguna platform X (atau dulunya dikenali sebagai Twitter), dalam melatih pembantu berasaskan kecerdasan buatan, dinamakan Grok AI. Dengan langkah berkenaan, Grok dijangka akan dpat menawarkan input dan maklumbalas yang lebih terkini dan mengikut trend kepada para pengguna.

Namun, perkara ini mungkin tidak selesa bagi ramai pengguna. Untuk tujuan berkenaan, X menyediakan sebuah pilihan khas untuk membolehkan pengguna memilih untuk data mereka tidak digunakan dalam melatih Grok A.

image is not available

Bagi anda yang menggunakan X, anda boleh ke menu dan seterusnya memilih Settings and Privacy > Privacy & Safety > Grok. Pada halaman berkenaan, anda boleh tidak menandakan kebenaran, dan seterusnya mengemaskini halaman berkenaan.

Disamping itu, sekiranya anda aktif menggunakan Grok, anda turut boleh memadam sejarah perbualan anda bersama Grok melalui halaman berkenaan.