Yes 5G Kini Menawarkan Langganan GeForce Now Pada Harga RM10 Sehari

TechnologyDigital
26 Jul 2024 • 6:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti yang diketahui umum, Yes 5G merupakan satu-satunya syarikat telekomunikasi yang menawarkan langganan perkhidmatan penstriman permainan komputer GeForce NOW di Malaysia. Pada mulanya mereka dilihat hanya menawarkan pelan tahunan dan bulanan untuk pelanggan mereka dan juga pengguna biasa pada tanda harga yang berbeza.

image is not available

Terkini, mereka baru sahaja melancarkan dua pelan tambahan, iaitu untuk langganan harian, dan untuk tiga hari. Seperti biasa, mereka menawarkan langganan untuk pelanggan mereka pada harga yang lebih murah dan pelan yang sedikit lebih mahal untuk pengguna bukan pelanggan mereka.

image is not available

Untuk pelanggan Yes 5G, pelan satu hari dan tiga hari akan ditawarkan pada harga RM10 dan RM20, dimana kedua-duanya hadir dengan sokongan teknologi grafik ray-tracing RTX-On, sesi permainan tidak terganggu selama enam jam setiap hari dan keutamaan mengakses platform GeForce Now berbanding dengan pemain percuma.

Untuk pelanggan bukan Yes 5G, harga langganan untuk mereka adalah sebanyak RM12 dan RM25 untuk langganan sehari dan tiga hari. Tanda harga untuk langganan bulanan dan tahunan dilihat tidak bertukar setakat ini.