Set kepala paling canggih di pasaran Apple Vision Pro kini dikembangkan ke dua lagi negara. Mereka yang berminat untuk mendapatkan versi rasmi kini boleh mendapatkannya di Apple Store Korea Selatan dan juga di United Arab Emirates.

Walaupun set kepala ini tidak lagi mempunyai permintaan tinggi dengan jualan menurun sehingga 75%, masih ada pengguna setia mahukannya kerana ekosistem. Harga jualan tinggi dan sokongan aplikasi yang terhad menjadi faktor jualan tidak memberangsangkan. Namun dengan semakin banyak aplikasi diperkenalkan, penawaran filem spatial dan akan datang Apple Intelligence membuatkan pengguna setia masih mahukannya.
Akan datang Apple Vision akan hadir dengan versi murah dan juga satu versi cermin mata. Ia dijangka akan bersaing dengan Meta Quest dan Ray-Ban Meta. Adakah anda akan membeli Apple Vision Pro jika dijual di Malaysia pada harga belasan ribu ringgit atau akan nantikan versi lain yang lebih murah?
