Apple Vision Pro Mula Dijual Secara Rasmi Di Tujuh Pasaran Baharu Hari Ini

TechnologyDigital
28 Jun 2024 • 6:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Vision Pro mula dijual secara rasmi di China, Hong Kong, Jepun, Singapura, Australia, Perancis dan Jerman hari ini. Ia sebelum ini hanya dijual secara rasmi di Amerika Syarikat sejak Februari. Akibatnya set kepala yang diimport dijual semula pada harga mencapai RM24,000 sepasang.

image is not available

Sambutan awal untuk Vision Pro adalah amat memberangsangkan tetapi mula dingin selepas beberapa bulan. Antara komen yang diberikan ialah harga jualan terlalu tinggi, kurangnya aplikasi menarik dan set kepala yang terlalu berat untuk digunakan untuk tempoh yang lama.

Di WWDC yang berlangsung beberapa minggu yang lalu, beberapa ciri baharu diperkenalkan seperti skrin maya lebih gergasi, dan kemampuan mengubah gambar 2D menjadi gambar 3D spatial. Kepada mereka yang ingin membeli Vision Pro di Malaysia, kemungkinan besar Vision Pro akan dijual secara rasmi di Malaysia adalah sangat tinggi kerana Apple The Exchange TRX baru sahaja dibuka.