Arab Saudi Bina Bandar Super Terbaharu ‘The Mukaab’, Berbentuk Kiub Setinggi 400 Meter!

Entertainment
19 Feb 2023 • 2:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Putera Mahkota Arab Saudi telah melancarkan The Mukaab, sebuah bandar raya tertutup setinggi 400 meter, lebar dan panjang di tengah-tengah Bandar Riyadh, Arab Saudi.

Bangunan itu dijangka cukup besar sehingga boleh memuatkan 20 Bangunan Empire State. Projek pembinaan The Mukaan ini bakal menjadi ikon global teknologi, kemampanan, mobiliti dan inovasi Saudi yang baharu.

image is not available

The Mukaab terletak di tengah-tengah Pembangunan Murabba Baharu yang lebih luas, yang diwujudkan oleh Putera Mahkota Mohammad bin Salman bin Abdulaziz, Perdana Menteri dan Pengerusi Syarikat Pembangunan Murabba Baharu, Arab Saudi.

Memetik laporan Hotelier Middle East, projek itu akan terletak di persimpangan Jalan Raja Salman dan Raja Khalid ke Barat Laut Riyadh, di kawasan seluas 19 kilometer persegi, untuk menempatkan ratusan ribu penduduk.

Projek itu akan menawarkan lebih daripada 25 juta meter persegi keluasan lantai, menampilkan lebih daripada 104,000 unit kediaman, 9,000 bilik hotel, dan lebih daripada 980,000 meter persegi ruang runcit, serta 1.4 juta meter persegi ruang pejabat, 620,000 meter persegi aset riadah, dan 1.8 juta meter persegi ruang khusus untuk kemudahan komuniti.

image is not available

Dijangka projek itu akan mewujudkan 334,000 peluang pekerjaan yang secara langsung nakal menambah kepada 180 bilion Riyal (bersamaan kira-kira RM212 Bilion) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara timur tengah itu.

The Mukaab akan menjadi pangkalan lingkaran, yang terdiri daripada “unit hospitaliti premium”, ruang runcit dan tempat tarikan pelancong.

Terdapat juga lebih daripada 80 tempat hiburan dan kebudayaan, muzium, universiti teknologi dan reka bentuk serta teater bakal ditempatkan dalam bandar super itu.

Projek berskala besar itu dijangka bakal siap pada tahun 2030. Korang boleh tengok video promosi The Mukaab kat bawah atau klik SINI.

image is not available

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.