Arab Saudi Siap Sedia Anjur Sukan Solidariti Islam 2025

FootballSports
8 Sep 2025 • 12:56 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) — Berbaki dua bulan menjelang upacara pembukaan, Arab Saudi kini sudah bersedia menerima kehadiran atlet, pegawai mahupun penyokong dari seluruh negara Islam bersempena Sukan Solidariti Islam 2025 dari 7-21 Nov ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Tertinggi Sukan Solidariti Islam 2025 Tuanku Putera Fahad Jalawi berkata mereka amat berbesar hati untuk menyambut kedatangan 57 kontinjen yang bakal bersaing dalam 23 acara sukan bertempat di venue bertaraf dunia sekitar Riyadh.

“Temasya ini mencerminkan iltizam negara terhadap perpaduan dunia Islam serta menyediakan platform terbaik untuk atlet bersaing, menjalin hubungan dan memberikan inspirasi kepada generasi akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara 23 jenis sukan dipertandingkan ialah bola baling, renang, olahraga, taekwondo dan bola tampar manakala perlumbaan unta dan e-sukan bakal membuat kemunculan sulung pada edisi keenam temasya sukan tersebut.

Sejak diperkenalkan pada 2005, Turkiye merupakan kontinjen paling berjaya dalam Sukan Solidariti Islam setakat ini dengan 237 pingat emas diikuti Iran (118 emas) dan Azerbaijan (114 emas) manakala Malaysia melengkapkan senarai 10 terbaik dengan 33 emas.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved