Arahan terkini kerajaan! Penjawat awam dilarang guna Waze serta merta

LocalPolitics
21 Oct 2026 • 12:54 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan memutuskan untuk melarang penggunaan aplikasi navigasi Waze dalam kalangan penjawat awam berkuat kuasa serta-merta susulan kaitannya dengan Israel.

Maklumat dikeluarkan KSN

Arahan itu dimaklumkan menerusi pemakluman rasmi yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, semalam, susulan keputusan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bilangan 3 Tahun 2026 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Image from: Arahan terkini kerajaan! Penjawat awam dilarang guna Waze serta merta

 

Sehubungan itu, semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan diminta memastikan arahan berkenaan dimaklumkan kepada pegawai di bawah seliaan masing-masing, termasuk di semua agensi dan jabatan, untuk dilaksanakan dengan segera.

“Sebarang pertanyaan atau keperluan penjelasan lanjut berhubung pelaksanaan arahan ini bolehlah dikemukakan kepada Agensi Keselamatan Siber Negara, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri yang merupakan agensi penyelaras bagi perkara ini.
“Kerjasama dan perhatian serius bagi memastikan keputusan ini dipatuhi secara menyeluruh di peringkat kementerian, jabatan dan agensi masing-masing adalah amat dihargai,” katanya.

Image from: Arahan terkini kerajaan! Penjawat awam dilarang guna Waze serta merta

Arahan itu menjadikan pematuhan terhadap keputusan berkenaan tanggungjawab semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat.

Sumber: Utusan Malaysia (Maisarah Sheikh Rahim)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved