Arak tiruan Jerman, Belgium dibuat di Semenyih

18 Nov 2026 • 2:03 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Arak tiruan Jerman, Belgium dibuat di Semenyih

SEREMBAN – Tampil dengan jenama kononnya dari Jerman dan Belgium, namun hakikatnya minuman keras itu dihasilkan secara tiruan di sebuah kilang di Semenyih, Selangor.

Kegiatan pengilangan bir tanpa lesen yang sah dan dipercayai beroperasi lebih setahun bagi mengelak pembayaran duti eksais itu terbongkar selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan menyerbu premis berkenaan pada 5 November lalu.

Dalam serbuan kira-kira pukul 10 pagi itu, pihaknya merampas bir 500 ml pelbagai jenama bersamaan 9,732 liter, selain 45 unit mesin dan tangki, 11 bungkusan bahan mentah serta lima kotak label pelbagai jenama.

Pengarah Kastam Negeri Sembilan, Jamal Paiman berkata, nilai keseluruhan barangan yang disita dianggarkan RM710,426, manakala jumlah termasuk duti dan cukai mencecah RM1,054,857.56.

Menurutnya, operasi di kawasan Perindustrian Hi-Tech, Semenyih itu dijalankan sepasukan anggota Cawangan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan JKDM negeri hasil kerjasama tiga agensi risikan dalam tempoh tidak kurang dua minggu. – KOSMO! ONLINE

The post Arak tiruan Jerman, Belgium dibuat di Semenyih appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved