“Tumbuk Muka Bini Aku? Memang Si*l Kau” – Nadzmi Adhwa Bengang Ardell Dilayan Kejam Oleh Isra*l

WorldEntertainment
6 Oct 2025 • 7:18 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Nadzmi Adhwa tidak dapat menahan sabar apabila mendapat tahu isterinya, Ardell Aryana bukan sahaja ditarik rambut tetapi juga ditumbuk oleh pihak berkuasa Israel ketika dalam tahanan di penjara.

Menerusi Threads, aktor tersebut meluahkan rasa marah selepas mendapat khabar berita tentang Ardell yang dibawa ke hospital untuk menerima rawatan susulan kecederaan dialaminya.

Darah aku naik kat kepala dah ni! Geram nya! Ya Allah ! Syait*n haram Israel kau tumbuk muka bini aku? Tarik tudung bini! Memang si*l kau ni ISRAEL!

image is not available

Tulis Nadzmi lagi, Ardell antara yang mencuri tumpuan di dalam misi ini kerana ditugaskan untuk membuat siaran langsung dan menerima tontonan yang tinggi.

Aktres itu berkemungkinan menjadi sasaran pihak berkuasa Israel disebabkan hal tersebut dan telah dilayani dengan kejam sehingga ditumbuk di muka dan dipaksa mencabut tudung.

image is not available

Orang ramai yang membaca hantaran Nadzmi turut berasa berang dengan tindakan rejim Israel memperlakukan Ardell sebegitu rupa.

Rata-ratanya meluahkan rasa marah dan sesetengah turut mendoakan kesembuhan Ardell selain ada yang mengingatkan agar kita perbanyakkan berdoa.

Mengadu dekat Allah bang. Kau dah termasuk orang yang teraniaya, doa orang teraniaya tak ada hijab. Aku doakan sekali bang.

image is not available

Terdahulu, Ardell dilaporkan dibawa ke hospital di Turki untuk menerima rawatan selepas ditumbuk di bahagian muka dan ditarik rambutnya ketika berada dalam tahanan di penjara Israel.

Aktres tersebut juga dilaporkan muntah beberapa kali serta turut mengalami kecederaan di bahagian bahu dan kini berada dalam keadaan lemah.

image is not available 2025-10-05 23:19:30

Misi GSF: Hospital Istanbul Maklum Keadaan Ardell Lemah, Muntah Beberapa Kali & Tisu Bahu Koyak