Misi GSF: Kejam! Wajah Ardell Ditumbuk, Rambut Ditarik & Tangan Haikal Dipijak Tentera ‘Isewel’

WorldPolitics
5 Oct 2025 • 10:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terbaru melalui laporan Berita TV3 sebentar tadi, dua aktivis kemanusiaan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) iaitu Ardell dan Haikal dilaporkan telah dikasari oleh tentera Israel hingga perlu mendapatkan rawatan di hospital.

image is not available

Difahamkan perkara tersebut didedahkan oleh peguam CENTHRA iaitu Fahmi Abd Moin, di mana beliau berkata kedua-dua individu itu tercedera sewaktu berada di bawah tahanan tentera Israel.

Kata Fahmi, rambut Ardell telah ditarik dan lebih teruk, wajahnya juga ditumbuk oleh tentera Zionis.

image is not available

Manakala Haikal pula, tentera Israel telah memijak tangannya hinggakan jari-jemari aktivis tersebut mengalami masalah dan disebabkan itu kedua-duanya perlu mendapatkan rawatan di hospital.

image is not available 2025-10-05 22:00:42

Misi GSF: Nadzmi Adhwa Kongsi Keadaan Kesihatan Ardell Aryana - "Tekanan Darah Dia Rendah..."