‘Are you okay, bro?’ Hantaran Lee Zii Jia undang tanda tanya

FootballSports
4 Jul 2025 • 10:54 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Hantaran terbaharu pemain badminton perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia di Instagram mengundang pelbagai reaksi dan persoalan dalam kalangan peminat.

Beberapa gambar yang dimuat naik dilihat seolah-olah menggambarkan dirinya sedang berdepan tekanan, sekali gus menimbulkan kebimbangan ramai.

Melihat situasi itu, peminat dan rakan-rakan atlet tidak ketinggalan menitipkan kata-kata semangat serta sokongan moral buatnya agar terus kuat dan bersemangat meneruskan kehidupan dan karier.

Beberapa pemain badminton negara turut dilihat meninggalkan komen menyatakan sokongan terhadap beliau.

Menambah lagi tanda tanya, gambar profil di akaun Instagram Zii Jia juga kini hanya memaparkan latar belakang berwarna hitam.

Untuk rekod, Zii Jia kini berada di ranking ke-27 dunia dan dijadualkan beraksi di Kejohanan Terbuka Jepun yang bakal berlangsung dari 15 hingga 20 Julai ini.

Memetik laporan Sinar Harian, kedudukannya sebelum ini merosot ke luar kelompok 20 pemain terbaik dunia selepas hanya menyertai dua kejohanan tahun ini, susulan kecederaan buku lali yang dialaminya ketika aksi Final Jelajah Dunia pada Disember lalu.