
Penyanyi dan ahli kumpulan ALPHA, Ariel Fesol meluahkan rasa bangga terhadap perkembangan industri filem dan hiburan tempatan selepas menonton filem KUDRAT 1968: High Council.Menurut Ariel, karya berkenaan memberikan gambaran tentang sejauh mana industri perfileman Malaysia telah berkembang sehingga mampu menghasilkan naskhah yang begitu baik.“Kudrat 1968! Serious talk, korang kena tengok cerita ni.“Lepas tengok, honestly, I feel so proud to be Malaysian. Bangga dapat membesar sambil menyaksikan industri filem dan hiburan tanah air kita terus berkembang maju dan dapat menghasilkan karya yang membanggakan.“This is a reminder of how far our local industry has come,” tulisnya.Untuk info, KUDRAT 1968: High Council merupakan prekuel kepada siri fenomena Projek: High Council (2023) dan filem Kahar: Kapla High Council (2024), yang mengisahkan permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar. Drama dan filem arahan Zulaikha bersama Khairi Asyraff itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes, Akmal Asyraff dan ramai lagi.Filem KUDRAT 1968: High Council bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 29 Oktober ini.




![[Review] KUDRAT 1968: High Council Sarat Dengan Aksi & Emosi, Filem Aksi-Drama Yang Patut Anda Tonton](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/INSERT-1-1.jpg?t=1793094735)

