
Arif Aiman Sah Bergelar Suami, Buka Fasa Baharu Kehidupan
Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, menamatkan zaman bujang apabila apabila sah diijabkabulkan dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung hari ini.
Sah Bergelar Suami
Perkembangan gembira pemain kebangsaan berusia 24 tahun itu turut menjadi bualan hangat di media sosial selepas video hari pernikahannya yang dimuat naik oleh TikTok Era meraih perhatian ramai serta mencatat jutaan tontonan.
Arif Aiman Hanapi kini melangkah ke satu fasa kehidupan yang lebih bermakna apabila sah bergelar suami kepada Nurul Aliah Natasha Md Hairushahri, sekali gus memulakan kehidupan baharu sebagai pasangan suami isteri.
Majlis ijab kabul tersebut diadakan di Johor Bahru dalam suasana tertutup, dengan dihadiri ahli keluarga serta kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.
Baca juga:Sebelum ini, tular kad jemputan perkahwinan pemain kebangsaan itu di media sosial sehingga meraih perhatian orang ramai, khususnya peminat bola sepak tanah air.






