Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah suami Nurul Aliah Natasha dengan sekali lafaz

25 May 2026 • 3:12 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah suami Nurul Aliah Natasha dengan sekali lafaz

PEMAIN bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi, sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Nurul Aliah Natasha Md Hairushahri dengan sekali lafaz.

Berita gembira itu tular selepas video ijab kabul Arif dikongsikan penguna TikTok Afiq Shukri dan kemudian dimuat naik menerusi Instagram stesen radio Era FM. 

Image from: Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah suami Nurul Aliah Natasha dengan sekali lafaz

Tonggak Harimau Malaya yang berusia 24 tahun yang memakai sepersalinan baju Melayu putih manakala Nurul Aliah pula anggun dengan sepasang kurung moden putih.

Dalam majlis akad nikah berlangsung di sebuah lokasi di Johor Bahru itu, Arif menyerahkan seutas gelang emas sebagai mas kahwin kepada pengantin perempuan. 

Image from: Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah suami Nurul Aliah Natasha dengan sekali lafaz

Memetik Astro Arena, majlis resepsi pasangan itu dijadualkan berlangsung pada sebelah malam dan akan turut diserikan dengan berangkatan tiba Pemangku Sultan Johor,Tunku Mahkota Ismail.

Sekadar info, Arif Aiman baharu sahaja beraksi untuk JDT selepas menumbangkan Kuching City 2-0 pada final di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi dan menyumbangkan gol dua untuk pasukannya.